BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Sunday, January 16, 2011

Last day!!

Wahh...sok da kne pegi lapor diri 17 Jan 2011, 8.30 am..& then kne pegi Institut Biodiversiti (IBD), Lanchang Pahang..Kursus Induksi slme 1 bulan..paling m’isaukan 7-10 hari kne m’daki ke Gunung Tahan..sgt m’cabar..fizikal & mental kne kuat & kental...Hope di berikan kesihatan y baek slme sebulan..jgn la demam..xsuke DEMAM..hari ni last b’blog & b’Fb..sedikit cedey t;pkse b’jauhan dengan family..pe pon smoga mama & abah sehat2 salu..AMIN......=)

Doa


Ya ALLAH..

Seandainya telah engkau catatkan..Dia milikku tercipta buatku..Satukan hatinya dengan hatiku..Titipkanlah kebahagian antara kami..agar kemesraan itu abadi..Dan ya Allah..ya Tuhanku yang maha mengasihi..Seiringkanlah kami melayari hidup ini..Ketepian yang sejahtera dan abadi

Tetapi ya Allah..Seandainya telah engkau takdirkan..die bukan milikku..Bawalah ia jauh dari pandanganku..Luputkanlah ia dari ingatan..Dan peliharalah ak dari kekecewaan..

Serta ya Allah ya Tuhanku yang maha mengerti..

Berikanlah aku kekuatan..Melontar bayangannya jauh ke dada langit..Hilang bersama senja nan merah..agarku bisa bahagia..Walaupun tanpa bersama dengannya..

Dan ya Allah yang tercinta..Gantilah yang telah hilang..Tumbuhkanlah kembali yang telah patah..Walaupun tidak sama dengan dirinya..

Ya Allah ya Tuhanku..Pasrahkanlah aku dengan takdirmu..Sesungguhnya apa yang telah engkau takdirkan..Adalah yang terbaik buat ku..kerana engkau maha mengetahui..Segala yang terbaik buat hamba Mu ini..

Ya Allah..Cukuplah engkau sahaja yang menjadi pemeliharaku..Di dunia dan di akhirat..Dengarlah rintihan dari hamba Mu yang daif ini..Jangan engkau biarkan aku sendirian..di dunia ini mahupun di akhirat.. Menjuruskan kearah kemaksiatan dan kemungkaran..Maka kurniakanlah aku seorang pasangan yang beriman..Supaya aku dan dia sama2 dapat membina Kesejahteraan hidup..Kejalan yang Engkau redhai..dan kurniakanlah padaku keturunan yang soleh.......


Amin... Ya Rabbal A’lamin.

Saturday, January 15, 2011

Kita tidak layak membeza2 kan

kita x layak membeza bezakan 
Kita ini semuanya sama
Tiada beza yang tua mahupun yang muda
Jangan menyombong atau takbur sesama manusia
Sekalipun kita berpangkat atau berilmu
Kerana disisi Allah
Kita semuanya sama
Kata ustaz
Jangan kita hina orang yang lemah
Yang kurang berada
Mahupun yang kurang paras rupa
Tiada beza yang mengerjakan sawah
Mahupun yang membina perumahan mewah
Kerana disisi Allah
Kita semuanya sama

Kata ustaz lagi
Jangan kita hina
Budak kecil yang comot lagi berhingus
Kerana dia tiada dosa
Sedangkan kita
Setiap waktu dan ketika
Memenuhi hati kita
Dengan titik-titik noda
Dalam tidur, dalam jaga

Akhirnya ustaz berpesan,
Ingatlah!
Kita manusia semuanya adalah sama
Yang membezakan kita
Hanyalah AMAL dan TAQWA
Biarlah kita kurang dimata manusia
Tetapi tinggi disisi ALLAH

Peliharalah dirimu
Agar tidak dinodai dengan suasana
Sesungguhnya dirimu
Ada harga diri
Yang tidak ternilai mahalnya

Segalanya UjiaN
ALLAH menguji KEIKHLASAN bila bersendirian...
ALLAH memberi KEDEWASAAN bila ada masalah...
ALLAH melatih KESABARAN dalam kesakitan...
ALLAH tak PERNAH ambil sesuatu yg kita sayang TANPA menggantikan dengan yg lebih baik....

SAHABAT SEJATI
apabila ingin berteman,jgnlah krn KELEBIHANNYA,krn mungkin dgn 1 KELEMAHAN, kau akan MENJAUHINYA...
andai kau ingin BERTEMAN, jgnlah krn KEBAIKANNYA, krn dgn 1 KEBURUKAN, kau akan MEMBENCINYA...
andai kau ingin berteman, jgnlah krn ILMUNYA, krn apabil dia BUNTU, kau akan MEMFITNAHNYA....
andai kau ingin berteman jgnlah krn sifat CERIANYA, krn andai dia MURAM, mungkin kau akn MENJAUHINYA...
Andai kau ingin berteman.....TERIMALAH dia seadanya kerana dia juga MANUSIA BIASA SEPERTIMU....


Moralnya: Kita semua ada kelebihan ada kekurangan… jangan sesekali kita pupuk dalam diri kita sifat suka mencari2 kekurangan, keburukan org lain, Renunglah diri sendiri…jangan mata kita hanya melihat KOYAK di kain org lain sedangkan kita lupa kain di badan kita yg mungkin TERKOYAK... Tutuplah Keaiban org lain semoga ALLAH menutup keaiban diri kita.

Sifat marah

Pernahkah anda marah kerana disakiti @ terasa hati? Namun, bagi mengawal keadaan anda tidak perlu menonjolkan emosi tersebot. Menegur tidak salah tetapi anda perlu belajar mengawal perasaan marah. Sifat marah yang tidak terkawal boleh mengakibatkan kerosakan. Marah memang sifat semulajdi manusia, berpunca daripada keadaan tidak adil, disindir, dihina, dituduh bukan-bukan, diperalat, difitnah dan diancam sesuatu yang berbeza.

Cara mengatasi:-
  • Mengubah posisi. Rasulullah SAW bersabda “Apabila salah seorang di antara kamu marah, dan ketika itu ia dalam kedudukan berdiri, maka hendaklah ia duduk. Kerana hal itu akan menghilangkan marahnya. Dan kalau tidak, maka hendaklah ia berbaring”. (Riwayat Muslim)
  • Berwuduk. Rasulullah SAW bersabda: “Marah itu datangnya daripada syaitan dan syaitan itu diciptakan daripada api, sedangkan api itu hanya dipadamkan dengan air. Oleh itu apabila salah seorang di antara kamu marah, maka hendaklah ia berwuduk” (Hadis Riwayat Abi Daud).
  • Minum air
  • Mendiamkan diri ketika marah
  • Berlindung kepada ALLAH daripada syaitan
  • Meluahkan perasaan dan masalah dalam keadaan masa & tempat sesuai
  • Berfikiran positif
  • Belajar menyampaikan kemarahan secara positif dan terhormat; mengelakkan daripada memekik atau bertindak garang.
  • Bawa bertenang seperti menarik nafas.
  • Senyum kerana senyum mampu meredakan tekanan.

Apabila cinta tiada lagi

Orang kata masa bercinta semuanya indah. Bila ditanya, pasangan kekasih pantas memberi ulasan. Kata-kata melankolik dan retorik menghiasi dunia percintaan. Ketika itu perkara remeh temeh tidak dihiraukan. Kalau di marahi kerana terlewat atau terlupa, tidak mengapa. Sedikit rasa marah terubat dengan pujuk rayu.

Di awal percintaan, pasangan kekasih sanggup sehidup semati, segala sifat buruk di simpan rapi. Yang ditampilkan semuanya baik-baik. Makan penuh beradap, tutur kata penuh tertib, penampilan cantik atau segak.

Segala rahsia percintaan disimpan berbunga di dalam hati. Jika ada yang bertanya akan terpancul susunan ayat seperti ini. Kami serasi, saya telah bertemu pasangan bidup, dia seorang penyayang, penyabar dan pelbagai lagi. Tidak ada kata-kata nista semasa bercinta. Yang ada hanya kata-kata pujian dan ayat-ayat cinta yang mampu mencairkan perasaan. Masa bercinta juga sarat dengan taburan janji.

Sanggup meredah lautan api, jika si kekasih mahu menikmati secangkir kopi, biar pon hujan lebat sanggup saja dituruti. Janji diukir umpama memahat pokok getah tanpa memikirkan kesanya akan kekal di situ selagi pokoknya tidak tumbang.

Semuanya boleh dilaksanakan. Tiada yang tidak boleh, tiada yang mustahil, tiada juga halangan. Taburan janji umpama butiran pasir di pantai – tanpa di sedari akan ada ombak yang datang membawa bersama pasir-pasir itu.

Boleh saja dikatakan orang bercinta umpama lupa kepada dunia realiti. Lupa, bahawa bukan semua percintaan akan berakhir di gerbang perkahwinan dan tidak semua perkahwinan akan kekal selamanya.

Sebab itu apabila kasih mula menghambar dan cinta semakin pudar, ada pasangan kekasih lupa rutin semasa bercinta. Segala rasa sayang, sekelip mata bertukar benci. Semua janji terlerai tanpa ada satu pun yang melekat di hati. Yang dulu serasi bertukar benci, kalau dulu sangat memahami kini semuanya tidak dimengerti.
 Lebih memedihkan pasangan bercinta hanya sedar tentang realiti apabila putus cinta. Semua perangai buruk yang ketika bercinta boleh ditolak tepi muncul satu persatu menambah sakit hati. Keadaan itu berlaku terutamanya apabila bekas kekasih ada pasangan baru. Kalau dulu pasangan kekasih mahu berkongsi keceriaan dan keindahan bercinta dengan dunia, kini sebaliknya.

Segala sifat buruk bekas kekasih tidak lagi bertakhta di hati. Semuanya didedahkan, tanpa ada rasa bersalah dan tidak di ketahui apa matlamatnya. Mungkin tidak mahu orang lain jatuh hati kepada bekas kekasih atau sebagai peringatan kepada bakal kekasih agar berhati-hati supaya tidak menjadi mangsa seterusnya.

Ketika itu tidak timbul lagi soal menjaga hati. Sedangkan sepatutnya apa pun yang terjadi – samada bahagia atau derita di penghujung kisah cinta – tidak boleh dijadikan alasan untuk berpaling tadah. Bukan juga alasan untuk memburuk-burukkan pasangan apatah lagi menerusi media yang menjadi tumpuan umum.

Hakikat masam dan manis percintaan mesti diterima. Mendedahkan keaiban bekas pasangan bukan kaedah terbaik untuk memadamkan kisah cinta yang sebelum itu disulam indah. Ia juga tidak akan membantu memperbaiki hubungan yang telah terputus sebaliknya akan menambah buruk keadaan. Jika cinta tiada lagi, maka biarkan ia berlalu pergi. Jangan diungkit segala sakit hati dan cuba mendedahkan keaiban bekas kekasih. Natijahnya tidak mustahil sat hari nanti keburukan diri sendiri akan tersebar luas. Bercinta untuk bahagia, tetapi tidak bercinta pun belum tentu tidak bahagia. 

Ini kerana cinta membawa maksud yang sangat luas. Dan kebanyakan cinta tidak bertahan lama. Ada jodoh menjadi penentunya dan ada ajal yang menjadi pemisah. Justera hakikat cinta mesti diterima. Jika kita sedia untuk bercinta maka kita mesti bersiap. Bersiap untuk hanyut dalam keindahan bercinta, mengharungi segala rasa sakit hati dan membendung rasa benci.

oleh Noraini Abd. Razak: Utusan

Friday, January 14, 2011

salah menilai

Masih tergiang2 ape y di cakap oleh org2 t'sebot...ak br m'yedari wlpon kite s'baek mne, buat xkesah & malas nak pikir, tapi....

tak baek xlayan mereka2..ape salah mereka2 sume anda bersikap demikian..ingat, tiada manusia pon yg sempurna di muka bumi ni...pe yg anda buat ingatla..bumi ibarat jam..

ak xmmpu nak berkate2..hanya boleh tengok dari jauh sikap anda..sebab ak sndiri dah penah lalui suatu ketika dulu..buat shbat ku, kuatkan la hati anda..tabah, cekal..byk2 berdoa...insyALLAH, sume akn OK...

sane lagi

pagi2 lagi dah bangun...tp d sbbkn kemalasan melampau,cont tdo blek..sedar2 dah jam 9 suku..pe lgi, meloncat la bgn..pg ni de kje kne settle kn...1st pegi UPM dulu..pick up adik ku, AISYA...& then pegi jupe mkcik jap..otw nk ke keta t'serempak gan opismate...cik elin, sempt la jupe die..sbnrnye, bkn xm0 jupe tp xmo kecedihan p'pisahan tu dtg lgi..hehe...msuk bilik siswazah jap jupe En.moktar & miss arnina..kejap jer. xley lme2 kang de lgi ayer mate b'takung & lagi pon sume owg bz...cm segan lak nk duk lame..dik ku da m'manggil balik..hehe...

pastu pegi pejabat pos jap..agak2 watpe ea??hehe...korek duit...duit da xde..nk isi mnyak keta pon xlepas daaa..s0k duk diam2 kt umah..sume barang2 da beli..2 ari ni kne kuat kn stamina..wahhh,bunyi cm takut sgt..nk start something yg br msti nervous..klu time stdy dolu,ble exam je,,mula la perut ni berry2..klu interbiu pon sme gak...muke m'galah kn mayat pucat nye...hehe...