BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Saturday, January 15, 2011

Sifat marah

Pernahkah anda marah kerana disakiti @ terasa hati? Namun, bagi mengawal keadaan anda tidak perlu menonjolkan emosi tersebot. Menegur tidak salah tetapi anda perlu belajar mengawal perasaan marah. Sifat marah yang tidak terkawal boleh mengakibatkan kerosakan. Marah memang sifat semulajdi manusia, berpunca daripada keadaan tidak adil, disindir, dihina, dituduh bukan-bukan, diperalat, difitnah dan diancam sesuatu yang berbeza.

Cara mengatasi:-
  • Mengubah posisi. Rasulullah SAW bersabda “Apabila salah seorang di antara kamu marah, dan ketika itu ia dalam kedudukan berdiri, maka hendaklah ia duduk. Kerana hal itu akan menghilangkan marahnya. Dan kalau tidak, maka hendaklah ia berbaring”. (Riwayat Muslim)
  • Berwuduk. Rasulullah SAW bersabda: “Marah itu datangnya daripada syaitan dan syaitan itu diciptakan daripada api, sedangkan api itu hanya dipadamkan dengan air. Oleh itu apabila salah seorang di antara kamu marah, maka hendaklah ia berwuduk” (Hadis Riwayat Abi Daud).
  • Minum air
  • Mendiamkan diri ketika marah
  • Berlindung kepada ALLAH daripada syaitan
  • Meluahkan perasaan dan masalah dalam keadaan masa & tempat sesuai
  • Berfikiran positif
  • Belajar menyampaikan kemarahan secara positif dan terhormat; mengelakkan daripada memekik atau bertindak garang.
  • Bawa bertenang seperti menarik nafas.
  • Senyum kerana senyum mampu meredakan tekanan.

0 comments: